Kem Solat Tahap 1 & Tahap 2
4 April 2015 (Sabtu)
SK Kesom
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang
dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan
sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan
secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian sekolah.
Objektif :
1. Murid dapat menentukan kedudukan
imam dan makmum semasa solat berjemaah.
2. Murid dapat menyatakan perbezaan
antara muafik dan masbuk.
3. Murid dapat melafaz bacaan Tahiyat
Awal dan Akhir dengan betul dan lancar.
4. Murid dapat melafazkan bacaan Doa
Qunut dengan betul dan lancar.
5. Murid dapat melafazkan
bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
6. Murid dapat menyatakan pengertian bacaan-bacaan
pendek dalam solat.
7. Murid dapat menyatakan
syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat.
8. Murid dapat berwuduk dengan
sempurna.
9. Murid dapat melaksanakan solat
berjemaah dengan sempurna.
10. Murid dapat melafazkan Azan dan Iqamah dengan betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan