Ahad, 25 Mac 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KTU KALI KE-43 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD KTU kali ke-43 telah diadakan pada 19 Mac hingga 22 Mac 2012 di Trek Latihan Kompleks Sukan Gong Badak. Sebanyak 17 buah sekolah menengah dan 13 buah sekolah rendah dari Daerah Kuala Terengganu Utara telah menyertai kejohanan ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan upacara penutup oleh Tuan Haji Matsor bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Warga SK Kesom amat berbangga dengan pencapaian kontinjen sekolah kerana telah berjaya dengan cemerlang pada kejohanan kali ini.Berikut adalah pencapaian yang membanggakan kami sekaligus membawa pasukan olahraga kami ke peringkat MSST yang akan berlangsung pada 4 April hingga 7 April 2012 ini.

Pencapaian Kontinjen Olahraga SK Kesom di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD KTU kali ke-43:

PENCAPAIAN KESELURUHAN


  • 4 Emas dan 1 Gangsa
  • OLAHRAGAWAN LELAKI MSSKTU BAWAH 12 TAHUN - M. ALIF HAIKAL BIN HASIM ( 3 EMAS 1 GANGSA)
  • JOHAN BAHAGIAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN MSSD KTU
  • JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH MSSD KTU



PINGAT EMAS
1. LONTAR PELURU (L)              - M. ALIF HAIKAL B. HASIM
2. 200M (L)                                     - M. ALIF HAIKAL B. HASIM
3. LOMPAT TINGGI (P)               - FATIN SYAZWANIE BT RAMLI
4. 4X100M (L)                                1. M. ALIF HAIKAL B. HASIM     
                                                          2. M. SYAHMI B. SHAHARUDIN
                                                          3. M. IDHAM B. M. NOR
                                                          4. M. YUSRIMAN B. ZAIDI      


PINGAT GANGSA                
1. 4X200M(L)                               1. M. ALIF HAIKAL B. HASIM
                                                         2. AHMAD IRFAN B. AZMI
                                                         3. M. IDHAM B. M. NOR
                                                         4. M. YUSRIMAN B. ZAIDI




PENCAPAIAN LAIN


1. 100M (P) LAYAK KE AKHIR - TEMPAT KE LIMA
2. 4X100M (P) LAYAK KE AHIR - TEMPAT KE LIMA
3. 4X200M (P) LAYAK KE SEPARUH AKHIR
4. 100M (L) LAYAK KE SEPARUH AKHIR
5. 200M (P) LAYAK KE SEPARUH AKHIR




Tahniah kepada pasukan olahraga sekolah dan guru-guru yang telah mendoakan kejayaan pasukan ini terutamanya kepada Cikgu Shukri bin Mohamad yang telah berhempas-pulas melatih atlet-atlet sekolah hingga ke tahap ini juga AJK Olahraga yang memberi komitmen kepada tugasan ini.Tidak ketinggalan kepada Haji Abdul Rahman, Guru Besar dan GPK KO Puan Mehimu yang telah memberi sokongan yang padu kepada pasukan ini.

Semoga memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di MSST 2012!:)

Sedikit memori indah untuk dikongsi bersama :)

Perarakan masuk Kontinjen SK Kesom di upacara perasmian MSSD KTU pada 19 Mac 2012 
















                           Tuan Haji Matsor bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu
                                       menyampaikan ucapan di upacara penutup MSSD KTU








Mengabadikan kenangan bersama-sama dengan AJK Olahraga SK Kesom, Tuan Guru Besar, Jurulatih Olahraga,GPK KO dan atlit-atlit SK Kesom