Ahad, 30 Ogos 2015

PROGRAM REHAT MINDA UPSR MURID TAHUN 6
KENYIR WATERPARK
30 OGOS 2015 (AHAD)


























Ahad, 23 Ogos 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 58 
TEMA : SEHATI SEJIWA
 
23 OGOS 2015
DATARAN ILMU SK KESOM

      Tema Hari Kebangsaan 2015 ialah SEHATI SEJIWA yang menggambarkan perpaduan, kesefahaman dan bersatu.Ia juga membawa maksud budaya seluruh rakyat malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa jua kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara tercinta.
       Pada 23 Ogos 2015 telah berlangsungnya PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 58 di Dataran Ilmu SK Kesom yang dirasmikan oleh En. Zaid b. Mansor (YDP PIBG) dengan jayanya. Gimik pelancaran pada tahun ini adalah dengan melepaskan sepasang burung merpati oleh puan guru besar dan YDP PIBG SK Kesom. Pelbagai acara diadakan pada hari pelancaran tersebut seperti persembahan silat, deklamasi sajak oleh Pn. Samra` Basimah bt. Abd. Kadir, Persembahan pakaian merdeka oleh guru dan murid, nyanyian lagu tanggal 31 ogos dan jalur gemilang. Terdapat juga aktiviti lain pada bulan kemerdekaan ini seperti berbasikal merdeka, mewarna, pakaian merdeka dan banyak lagi. Laungan kemerdekaan telah dilaungkan oleh En. Mohd Arif Farihan b. Azih iaitu guru sk Kesom dengan gemanya.
      Syukur alhamdulillah program tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih pada guru-guru,kakitangan,YDP PIBG, murid-murid dan semua warga SK Kesom yang telah bersusah payah dalam menjayakan program ini.