Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM EKSPEDISI BERBASIKAL MERDEKA
PERINGKAT SKK 2014

Program ini telah diadakan pada 26 Ogos 2014 (selasa) pada jam 1.30 petang. Dimulakan dengan taklimat dan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Muzammil. Pelepasan ekspedisi oleh Puan Norhazlin bt Abdullah iaitu Guru Besar SK Kesom. Seramai 40 orang murid telah menyertai ekspedisi berbasikal ini. Laluan yang dilalui dalam program ini sekitar kampung kesom dan peserta berkumpul di Dewan Sivik Kg Kesom Alor Rekang sebelum ke penamat di Dataran Sekolah Kebangsaan Kesom.Terdapat juga segelintir murid yang tidak dapat menyertai program ekspedisi dan diberi satu pertandingan iaitu mewarna.Pertandingan basikal berhias telah dijalankan pada waktu pagi sebelum ekspedisi itu dimulakan pada sebelah petang.





































SAMBUTAN HARI LAHIR
MURID PRA SEKOLAH AL-FARABI
2014

Program ini diadakan pada 26 ogos 2014 (selasa) bertempat di PRASEKOLAH Al-FARABI SK KESOM. Disambut pada setiap tahun untuk murid PRASEKOLAH.Program ini disertai oleh 25 orang murid, seorang Guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Sambutan ini turut menjemput warga sekolah dan ibu bapa. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu bapa murid dan warga sekolah. Dalam sambutan ini juga diadakan beberapa program iaitu memadankan perkataan bergambar dan membuat kolaj dalam bentuk pemandangan yang disertai ibu/ bapa dengan anak.Bagi memeriahkan lg program ini guru pra turut menyediakan makanan dan pelbagai jenis kek sempena ulangtahun kelahiran murid pra. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan betuah.