Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM EKSPEDISI BERBASIKAL MERDEKA
PERINGKAT SKK 2014

Program ini telah diadakan pada 26 Ogos 2014 (selasa) pada jam 1.30 petang. Dimulakan dengan taklimat dan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Muzammil. Pelepasan ekspedisi oleh Puan Norhazlin bt Abdullah iaitu Guru Besar SK Kesom. Seramai 40 orang murid telah menyertai ekspedisi berbasikal ini. Laluan yang dilalui dalam program ini sekitar kampung kesom dan peserta berkumpul di Dewan Sivik Kg Kesom Alor Rekang sebelum ke penamat di Dataran Sekolah Kebangsaan Kesom.Terdapat juga segelintir murid yang tidak dapat menyertai program ekspedisi dan diberi satu pertandingan iaitu mewarna.Pertandingan basikal berhias telah dijalankan pada waktu pagi sebelum ekspedisi itu dimulakan pada sebelah petang.





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan