Selasa, 16 Ogos 2016

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 59
(PELANCARAN PERASMIAN)
16 OGOS 2016
DATARAN ILMU SK KESOM

     16 Ogos 2016 berlangsungnya Pelancaran Perasmian Bulan Kemerdekaan kali ke 59 di Dataran Ilmu Sk Kesom. Majlis bermula jam 7.30 pagi yang dipengerusikan oleh Pn Norma bt. Abd. Rahman. Doa dimulakan oleh En. Mohd Mazlam b Ismail dan diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Tema Kemerdekaan (Sehati Sejiwa). Ucapan Tuan Guru Besar (Tn. Hj. Mohd Jik b Abd. Rahman). Laungan MERDEKA telah dilaung oleh en Muhammad Muzzammil b Mokhetar sebanyak 3 kali.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan silat oleh murid SK Kesom beserta pengibaran bendera Malaysia sebagai gimik tahun ini. Persembahan pakaian beragam merdeka murid turut diadakan juga. Terdapat juga persembahan puisi/ sajak puitis kemerdekaan oleh En. Abd. Karim b Embong. Acara diteruskan dengan pemasangan bendera pada kereta guru-guru SK Kesom dan kereta ibu bapa murid SK Kesom. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan dalam bulan kemerdekaan ini iaitu pertandingan mengarang tentang kemerdekaan, crossword puzzle/ fill in the blank, kayuhan basikal berhias, tayangan video, dan solat hajat/ solat sunat dhuha/ bacaan yasin.