Ahad, 15 April 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSST KALI KE-43

Pada 4-7 April 2012 yang lalu telah diadakan Kejohanan Padang & Balapan MSST Kali ke-43 di Trek Latihan Olahraga Gong Badak. Sebanyak 8 buah daerah telah menyertai kejohanan ini iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Terengganu Selatan dan Kuala Terengganu Utara.

SK Kesom antara sekolah yang mewakili Kuala Terengganu Utara (KTU). 2 orang murid dari sekolah ini telah terpilih dalam kejohanan ini.

Berikut adalah pencapaian yang membanggakan SK Kesom:

1) Aliff Haikal bin Hasim
  • Pingat Emas         4 x 100m Kategori Lelaki Bawah 12 tahun
                                       4 x 200m Kategori Lelaki Bawah 12 tahun
  • Tempat ke-3         Lontar Peluru Kategori Lelaki Bawah 12 tahun

2) Fatin Syazwanie bt Ramli
  • Lompat Tinggi     Layak ke Acara Akhir

Sedikit momento untuk dikongsi bersama sepanjang kejohanan ini berlangsung:)


                                             En Zakaria bin Hussin
                      Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu