Khamis, 24 Julai 2014


PERTANDINGAN KAIN RENTANG PENDIDIKAN KEBERSIHAN

Pertandingan ini merupakan salah satu daripada 5 aktiviti utana Program Pendidikan Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu & Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Objektif program ini adalah bagi menghayati konsep pendidikan kebersihan melalui aktiviti pendidikan seni dalam kalangan warga sekolah, menceriakan prasarana fizikal sekolah, mengembangkan potensi dan mencungkil bakat murid dalam pendidikan seni serta menanam sikap cintakan seni dan keindahan menerusi terjemahan konsep pendidikan kebersihan. Program ini bermatlamat bagi memberi kefahaman tentang tema `NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT'. Penghayatan konsep pendidikan kebersihan oleh warga sekolah, melahirkan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri terbersih dan juga sekolah terbersih.
Penyertaan disertai oleh 2 orang guru iaitu Puan Zuraizan bt. Mohamad dan Puan Azizah bt. Mamat dan 4 orang murid iaitu Nur Ain Syazwani bt Shaharudun (5IS), Nur Ain Fithriah bt Sholah (4IS), Roshafiqa Elyana bt Kamaril Shahrum (4IS) dan Ismah Hasibah bt Zakari (4IS). Sekolah Kebangsaan Kesom mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan ini di peringkat Daerah Kuala Terengganu Utara (KTU) yang telah dijalankan pada 22 julai 2014 di SMK Manir.
TAHNIAH

Rabu, 23 Julai 2014

Aktiviti Pra Sekolah pada bulan Ramadhan.23 Julai 2014. Aktiviti ini mengajar murid Pra sekolah cara dan bagaimana untuk membuat makanan yang paling mudah iaitu popia.