Isnin, 27 Julai 2015

KATA KATA SEMANGAT UNTUK CALON PEPERIKSAAN UPSR 2015

Tak lama lagi peperiksaan UPSR akan bermula. Hanya tinggal lebih kurang 40 hari lagi masanya akan tiba. Dorongan kata semangat sebelum peperiksaan dapat meningkatkan motivasi diri agar dapat melakukan yang terbaik dalam sesuatu ujian dan terus berusaha dalam pelajaran. Kata-kata hikmah meransang keyakinan diri dan meningkatkan keazaman untuk cemerlang dalam peperiksaan. Dorongan ini sesuai untuk calon peperiksaan  dan pelajar sebagai persediaan akhir peperiksaan UPSR agar lebih tenang di hari-hari terakhir sebelum menduduki peperiksaan. Antaranya :-

  • Prepare for the best, plan for the worst and expect to be suprised - Kadang-kadang kita sering putus asa dan tidak yakin pada diri sendiri. Bertenang dan ingat kata-kata ini, jika kita telah melakukan yang terbaik, disamping tawakkal dan redha jika diuji dengan kegagalan, maka bersedialah untuk satu kejayaan yang luar biasa dan mengejutkan.
  • I cannot fail - Dalam melakukan sesuatu kita harus yakin akan berjaya. Kalau kita yakin 100% akan berjaya, maka kita pasti akan menjayakannya.
  • If i never try, i'ii never know - Usah ragu-ragu juka berdepan dengan sesuatu peluang. Jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Apa sahaja hasilnya, yang pasti ia tindakan yang tepat. Samada kejayaan atau kegagalan, bukannya perkara utama, kerana pengalaman itu merupakan pelajaran yang lebih berharga diri segala-galanya. Ia tidak dapat dijual beli dan pengalaman itu yang mendewasakan kita.
  • Today is not a good day to give up - Selalu berfikiran positif. Yakin bahawa hari ini merupakan hari bertuah dan ia bukan hari yang sesuai untuk mengalah. Jalan menuju kejayaan, bukan untuk orang yang mudah mengalah.
  • If you do not hope, you will not find what is beyong yours hopes - orang-orang yeng berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian menjadi realiti.
  • Life is either a daring advanture or nothing - Bukankah hidup adalah cabaran yang memerlukan keberanian, jika bukan itu tidak dimanakan kehidupan.
  • Every artist was first an amuteur - Setiap tokoh terhebat pada asalnya, hanya insan biasa. Jelas, sesiapa sahaja boleh menjadi sehebat tokoh lagenda di dunia ini. Mungkin dia, saya atau anda..... 


Tinta : Guru Besar SKK

Sabtu, 25 Julai 2015

MAJLIS HARI RAYA AIDULFITRI SKK
25 JULAI 2015
DATARAN SKK
























 

Rabu, 15 Julai 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PEMBAHAGIAN BUBUR LAMBUT
14/07/2015
DI DEWAN SK KESOM







































Jutaan terima kasih pada guru-guru, warga skk, PIBG dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini..