Isnin, 26 Januari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pada 25 Januari 2015 telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber di Dataran SK Kesom. Seramai 64 orang murid telah dilantik menjadi pengawas sekolah yang diketuai oleh adik Muhammad Aqiel Adlien b. Jusoh murid tahun 6 dan Penolong Adalah adik Wan Nur Ain Safiah bt. Zaid. Manakala seramai 35 orang murid lagi dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber yang diketuai oleh adik Farid Hakimi b. Kamarol Bahrin dan Penolong adalah adik Nur Ieliana bt. Roselan. Turut dijemput Ketua Balai Polis Manir bagi merasmikan majlis ini. Moto Pengawas adalah "PENGAWAS BERHEMAH, MURID CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG".






















" TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENDAPAT LANTIKAN ITU"



Ahad, 25 Januari 2015

PROGRAM JALINAN KASIH
IBU BAPA/PENJAGA MURID
TAHUN 6 BERSAMA GURU

Pada 22 Januari 2015, satu Program Jalinan Kasih Ibu Bapa/ Penjaga Murid tahun 6 Bersama Guru telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Kesom. majlis dipengerusikan oleh Puan Guru Besar SK Kesom iaitu Pn. Norhazlen bt. Abdullah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran ibu bapa/ penjaga murid. Turut dijemput YDP PIBG sekolah iaitu Hj. Wan Mamat b. Abdullah. Satu ceramah Kesedaran dan Peranan Ibu Bapa oleh En.Yusof Zaki b. Mohamad dari unit Kaunselor SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu.
 
Objektif Program:
  1. Menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha membantu meningkatkan prestasi   murid-murid.
  2. Membentangkan pelaksanaan program peningkatan UPSR 2015.
  3. Menyatakan sasaran pencapaian UPSR 2015.








Ahad, 18 Januari 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
18 Januari 2015
7.45 pagi
Dewan SK Kesom

Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah " PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA". Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam diseluruh negara. Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta.Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik dan tidak mengenal siapa penciptanya. Pada masa tersebut, penyembahan berhala-berhala, pengzinaan, pembunuhan, merompak, berjudi dan lain-lain amat berleluasa dan menjadi kebanggaan serta keberanian. Sehubungan itu, Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh setiap manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada ilahi.

















Rabu, 14 Januari 2015

PENYAMPAIAN
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Dirasmikan Oleh
Y.Bhg. En. Che Mansor Bin Salleh
Pegawai Penyelaras Dun Teluk Pasu
Kuala Terengganu

Majlis Bantuan Awal Persekolahan SK Kesom telah diadakan pada 13 Januari 2015 (selasa) pada jam 10.30 pagi di Dewan sekolah.Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Dun Teluk Pasu iaitu Y. Bhg En. Che Mansor b. Salleh. Semua murid diberikan bantual awal persekolahan sebanyak RM100. Seramai 398 orang murid mendapat bantuan tersebut bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Objektif bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan  persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid dalam membuat persiapan untuk membeli barang keperluan anak untuk ke sekolah.
Terima kasih juga kepada warga sekolah kebangsaan kesom kerana telah menjayakan majlis ini.Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu akan mendapat balasan yang setimpal dengannya. INSYAALLAH
Objektif pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Objektif pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin