Isnin, 26 Januari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pada 25 Januari 2015 telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber di Dataran SK Kesom. Seramai 64 orang murid telah dilantik menjadi pengawas sekolah yang diketuai oleh adik Muhammad Aqiel Adlien b. Jusoh murid tahun 6 dan Penolong Adalah adik Wan Nur Ain Safiah bt. Zaid. Manakala seramai 35 orang murid lagi dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber yang diketuai oleh adik Farid Hakimi b. Kamarol Bahrin dan Penolong adalah adik Nur Ieliana bt. Roselan. Turut dijemput Ketua Balai Polis Manir bagi merasmikan majlis ini. Moto Pengawas adalah "PENGAWAS BERHEMAH, MURID CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG".






















" TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENDAPAT LANTIKAN ITU"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan