Ahad, 25 Januari 2015

PROGRAM JALINAN KASIH
IBU BAPA/PENJAGA MURID
TAHUN 6 BERSAMA GURU

Pada 22 Januari 2015, satu Program Jalinan Kasih Ibu Bapa/ Penjaga Murid tahun 6 Bersama Guru telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Kesom. majlis dipengerusikan oleh Puan Guru Besar SK Kesom iaitu Pn. Norhazlen bt. Abdullah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran ibu bapa/ penjaga murid. Turut dijemput YDP PIBG sekolah iaitu Hj. Wan Mamat b. Abdullah. Satu ceramah Kesedaran dan Peranan Ibu Bapa oleh En.Yusof Zaki b. Mohamad dari unit Kaunselor SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu.
 
Objektif Program:
  1. Menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha membantu meningkatkan prestasi   murid-murid.
  2. Membentangkan pelaksanaan program peningkatan UPSR 2015.
  3. Menyatakan sasaran pencapaian UPSR 2015.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan