Ahad, 7 September 2014

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN


"DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"

Pada 17 Ogos 2014 yang lalu telah dirasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah dengan bertemakan `DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA'. Banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan itu antaranya MEWARNA, KUIZ, TAYANGAN CERITA,MENULIS KARANGAN MERDEKA, HIASAN BASIKAL DAN EKSPEDISI BERBASIKAL MERDEKA.
Manakala pada 4 September 2014 (Khamis) diadakan `MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN & MAJLIS RESTU ILMU'. Majlis Penutupan ini dirasmikan oleh Guru Besar. Guru dan murid mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyikan beberapa buah lagu KEMERDEKAAN. Majlis diakhiri dengan memberi hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan termasuk hiasan kelas dan bilik merdeka paling cantik.








































1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..selamat 1 program yg telah dirancang..terima kasih kepada semua sahabat guru yg sama2 menjayakannya..terima kasih..terima kasih...terima kasih...

    BalasPadam