Selasa, 3 Mac 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
27 Februari 2015 (Jumaat)

Mesyuarat  Agung Tahunan PIBG SK Kesom kali ke- 29 sesi 2015/ 2016 telah dijalankan pada 27 Februari 2015 (Jumaat) dengan jayanya. Majlis telah dirasmikan oleh YANG BERHORMAT DATO` HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG D.P.M.T.,P.J.K. YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU. Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan Yang Dipertua PIBG Sekolah iaitu Tuan Hj. Wan Mamat b. Abdullah, ucapan puan guru besar iaitu Pn. Norhazlen bt. Abdullah, dan seterusnya ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato` Hj. Mohd Zubir b. Embong iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.Dalam majlis ini juga diselitkan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan 5A UPSR tahun 2014 seramai 10 orang.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi 2015/2016 turut dilantik dalam majlis ini. Perbincangan antara ahli PIBG bersama ibu bapa lain turut diadakan dalam membincangkan hal-hal dalam sekolah. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah.

 






































Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Terima Kasih
Kepada:
 
Yang Berhormat Dato` Haji Mohd Zubir Bin Embong D.P.M.T, P.J.K
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Yang Berbahagia Pn. Norhazlen Binti Abdullah
Guru Besar SK Kesom

Yang Berusaha Tn. Haji Wan Mamat Bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG SK Kesom

Yang Berusaha En. Zaid Bin Mansor
Naib Yang Dipertua PIBG SK Kesom

Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Guru-Guru Penolong Kanan

Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Guru-Guru, Kakitangan, Para Ibu Bapa

Warga Sekolah Kebangsaan Kesom dan Semua Yang Terlibat

Di Atas Sumbangan Yang Telah Diberi Untuk menjayakan Mesyuarat kali Ini.

Terima Kasih

Memasyarakatkan Sekolah Mencipta Kebitaraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan