Ahad, 5 April 2015

Kem Solat Tahap 1 & Tahap 2
4 April 2015 (Sabtu)
SK Kesom

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian sekolah.

Objektif :

1. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
2. Murid dapat menyatakan perbezaan antara muafik dan masbuk.
3. Murid dapat melafaz bacaan Tahiyat Awal dan Akhir dengan betul dan lancar.
4. Murid dapat melafazkan bacaan Doa Qunut dengan betul dan lancar.
5. Murid dapat melafazkan bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
6. Murid dapat menyatakan pengertian bacaan-bacaan pendek dalam solat.
7. Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat.
8. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
9. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna.
10. Murid dapat melafazkan Azan dan Iqamah dengan betul.

 














 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan