Rabu, 6 Mei 2015

LAWATAN BERINFORMASI KELAB CYBER KID & KEUSAHAWANAN SKK
TARIKH : 5 MEI 2015
HARI : SELASA
MASA : 9.00 PAGI - 3.30 PETANG

Seramai 40 orang peserta dan 4 orang guru pengiring telah mengikuti Lawatan Berinformasi Kelab Cyber Kid & Keusahawanan ke beberapa tempat iaitu Utusan Melayu Malaysia di Gong Badak & Kilang Ais Jernih Gong Badak.Peserta bertolak dari SK Kesom pada jam 9 pagi dengan menaiki bas.Lawatan pertama menuju ke Utusan Melayu Malaysia. Sedikit keterangan telah dibuat oleh pegawai Utusan Melayu Malaysia mengenai penubuhan syarikat,cara-cara data atau maklumat sampai untuk dijadikan berita. Setelah keterangan dibuat pegawai Utusan Melayu Malaysia tersebut telah membawa peserta melawat kilang membuat utusan. Setelah membuat lawatan ke Utusan Melayu Malaysia, peserta lawatan melawat kilang Ais Batu Jernih (Jernih Ais) berhampiran Utusan Melayu. Peserta disambut dengan seorang pegawai kilang.Pegawai tersebut telah membawa peserta melawat kilang dan memberi sedikit keterangan mengenai cara membuat ais,cara pembungkusan dan juga bilik-bilik penyimpanan ais.Peserta bergerak ke Restoran Selera Timur pada jam 11.45 pagi untuk makan tengahari..Setelah selesai makan tengahari peserta menuju ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat Zohor.Peserta sekali lagi dihidangkan dengan makanan KFC sebelum pulang ke sekolah. Program ini tiba pada jam 3.00 petang di SK Kesom.





 































Tiada ulasan:

Catat Ulasan